loading...
loading...
Janda Rasa Terhina
Kekasih Cuma Tertarik Pada Tubuh Badan | Ramai yang berpendapat, elok kahwini
janda kerana seorang janda sangat berpengalaman dalam rumahtangga mahupun
layanan terhadap suami
Seorang janda sangat
mendambakan cinta sejati. Matlamat utama perhubungan mereka adalah perkahwinan.
Namun, seorang janda
kesal apabila hanya dijadikan habuan seks oleh kekasihnya. Ikuti luahannya.
Salam.
Abang, ni Ika.
Ika dah baca warkah
yang abang coretkan pada Kak Mah isteri abang tu. Dah viral sampai ramai
marah-marah abang. Ika juga tempias makian orang ramai. Sedih.
Abang,
Dah hampir 6 tahun
kita bersama. Bersama dalam keadaan yang tidak sah.
Ika sedar tu. Bukan
Ika tidak mahu jadi isteri kedua abang, tapi Ika selalu fikirkan perasaan Kak
Mah. Anak-anak abang. Tak nak dia terluka sebenarnya. Abang pun selalu cerita
yang dia baik. Dalam masa yang sama, Ika jatuh sayang dekat abang. Sebab sangka
abang matang, berpengalaman dan osem. Sebab abang baik, caring dan kata-kata
abang cukup manis. Menyebabkan Ika tak mampu jauh dari abang. Abang pun tak
kedekut, selalu tolong Ika bila dalam kesusahan. Waktu Ika down. Waktu Ika tak
ada duit.
Benarlah cinta itu
buta.
Tapi, dalam tempoh 6
tahun itu juga, Ika tak sangka abang tak pernah cuba berterus-terang pada
isteri abang. Ika lebih terkejut baca surat tu, rupa-rupanya abang cuma
lempiaskan nafsu abang pada Ika. Cuma tertarik pada tubuh badan Ika. Ika rasa
terhina. Ika sangka abang jujur dalam perhubungan. Tapi, rupa-rupanya, dusta
semata. Nafsu serakah semata-mata.
Ika bukan GRO. Status
Ika sebagai janda bukanlah lesen untuk abang jadi seperti lelaki lain yang
melihat golongan janda seperti penggoda dan perosak rumah tangga orang.
Cinta Ika
dipermainkan! Takkan abang tak nampak cinta yang membara dalam mata Ika selama
ni? Atau abang cuma nampak lekuk tubuh badan Ika? Jijik pandangan abang tu.
Sangat jijik! Malahan, setiap bait kata abang pada isteri abang tu juga
betul-betul menghina golongan wanita, golongan ibu. Nampak seperti ayat penuh
bunga, padahal ditusukkan duri-duri bisa semata. Ika mengerti hati isteri abang
yang remuk teruk sebab Ika pun seorang wanita!
Ika menangis bengkak
mata lepas baca tinta abang tu. Sedih. Rasa diri sangat teruk. Rasa diri sangat
berdosa. Selama ini, hanyut dengan abang dalam noda. Timbul dalam diri Ika,
mahu belek Al-Quran. Tapi, saat Ika sentuh Al-Quran, Ika rasa seperti tak layak
nak pegang kalamullah yang suci ni. Sebab, Ika rasa diri Ika kotor!
Ika belek buku agama
pula. Cari berkenaan selingkuh dan zina. Ya Allah! Ika khilaf. Ika hanyut
kerana cinta semu. Cinta palsu. Dosa bersekedudukan, berzi-na dengan suami
orang lebih besar dari berzi-na dengan orang bujang. Andai hudud dilaksanakan
di dalam negara saat ini, sudah pasti Ika sudah mati direjam, abang pun mati
sama!
Ika baca tentang
zi-na. Dalam kitab agama tulis, zi-na buat agama seseorang jadi lemah, bunuh
rasa malu diri, hilangkan keceriaan wajah – jadi kusam kelam, hilang cahaya
dari hati, mengakibatkan kemiskinan bagi pelakunya dan banyak lagi. Ya Allah.
Itu di dunia. Di akhirat, dapat neraka!
Tapi, Ika betul-betul
tersentuh dengan kasih sayang Allah. Dalam Al-Quran dan hadis-hadis yang Ika
baca, Allah masih bukakan pintu taubat seluas-luasnya. Taubat nasuha saja caranya.
Belek lagi buku agama.
Menitis air mata Ika baca firman Allah, Surah Al-Furqaan ayat 68-71:
“68. Dan orang-orang
yang tidak menyembah tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang
diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak
berzina, barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat
(pembalasan) dosa (nya),
69. (yakni) akan
dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab
itu, dalam keadaan terhina,
70. kecuali orang-orang
yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka kejahatan mereka
diganti Allah dengan kebaikan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
71. Dan orang yang
bertaubat dan mengerjakan amal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada
Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.”
Abang,
Walaupun abang dah
buat keputusan tinggalkan Ika, Ika nak abang buat keputusan untuk taubat juga.
Tinggalkan bukanlah solusi. Berubah sepenuhnya dan insaf serta tidak mengulangi
lagi. Itu yang utama.
Yang lebih penting,
abang tolonglah jangan lihat lagi pada kecantikan luaran wanita. Abang pun
tidak lagi muda. Luaran abang juga makin pudar. Makin lama, makin tua. Di
sebalik kulit luaran ni, cuma daging dan belulang yang hodoh di mata.
Hargai isteri yang
sentiasa setia di sisi. Terfikir jua Ika, andai pada isteri abang pun sanggup
dicurangi sedemikian rupa, mana tahu suatu hari bila Ika sudah tidak bergetah
lagi, Ika pula dikhianati.
Abang sebenarnya masih
tidak matang walaupun berpengalaman. Tak matang kerana walaupun telah lama
bersama isteri, masih tidak berani meluahkan rasa dan keinginan yang sebenar.
Isteri abang boleh jadi cantik seperti permaisuri jika abang yang jaga dia
sepenuh hati. Isteri adalah acuan suami. Taat kemahuan suami. Abang nak dia
jadi cantik macam model sekalipun, boleh. Masih tak dapat tolerate dengan
isteri sendiri. Macam isteri tu batu yang tak boleh dibuat bicara or bawa
berbincang! Tapi akhirnya, abang permaisurikan nafsu abang, bukan isteri
tersayang!
Abang boleh buang Ika
macam sampah, tapi tolong jangan ulang lagi kesilapan sama. Jangan cari Ika.
Ika takkan kembali semula pada abang. Kalau kembali baik, bukan taubat nasuha
namanya. Segala kata-kata abang sekarang dah tak bererti lagi pada Ika. Hanyut
bersama duka lara.
Menyesal lah sekarang.
Jangan menyesal kerana takut kehilangan isteri tercinta. Tapi, kerana takut
pada azab Dia.
Akhir sekali, Ika
terfikir.
Andai si buta boleh
bercinta setulus hati tanpa melihat, kenapa abang yang ada mata tidak begitu?
Cinta tu rasa dalam
hati. Allah yang beri. Supaya cinta itu kerana Ilahi.
Andai abang memahami.
Oh. Ika lupa. Abang
memang takkan faham erti cinta. Erti setia.
Sebab abang cuma
pencinta ketulan-ketulan daging di tubuh manusia.
Yang mencari jalan
pulang,
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih