loading...
loading...
Pernahkah anda
terfikir kenapa dalam Islam ada 4 mazhab? Apa yang dimaksudkan dengan mazhab?
Kita mazhab apa? Apa beza setiap mazhab ini?
Mari baca ulasan
dibawah ini.
Sejak kecil,
kanak-kanak di Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang
telah tertulis di dalam PAFA. Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar,
adalah Mazhab Syafi’e kan?
Seperti yang
diketahui, Islam ada 4 mazhab, Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi. Siapa cakap
Syiah tu mazhab ke-5, boleh pakai baju melayu putih, sampin hijau, dan pergi
masuk sekolah agama balik. Kesemua 4 mazhab kita ada 5 rukun Islam, tiada
tambah-tambah, ada dua hari raya, tiada tambah-tambah.
Sudah pasti ramai
tertanya-tanya kenapa Islam kena ada 4 mazhab? Kenapa tidak satu sahaja?
Sampaikan ada yang kata tak payah ikut mazhab, ikut Nabi dah cukup! Ustaz
cakap, siapa cakap macam tu, dia bukan suruh ikut Nabi, sebenarnya dia suruh
ikut diri dia sendiri!
Mazhab sebenarnya
berbeza dari segi Feqah sahaja, bukan dari segi Aqidah. Feqah bermakna cara
kita melakukan sesuatu Ibadat. Bagaimana hendak sembahyang, nak ambil wudhu’
dan sebagainya. Tapi jenis Ibadatnya semua sama. Keempat-empat mazhab ada 5
waktu sembahyang. Aqidah semua sama. Satu Tuhan. Satu Rasul.
Mungkin juga ramai sudah
tahu, mazhab ini mengikut tempat. Sebagai contoh, Mazhab Syafi’e diamalkan di
Malaysia. Manakala mazhab Hanafi, diamalkan di tempat seperti Iraq. Mengenai
perkara inilah (perbezaan geografi) ternyata bergunanya mazhab.
Contoh yang paling
jelas, mengikut Mazhab Syafi’e, di dalam sembahyang kita tidak boleh bergerak 3
kali secara berturut-turut. Manakala mazhab yang lain boleh.
Di Mekah, mereka tidak
mengamalkan mazhab Syafi’e. Cuba bayangkan, di Kaabah yang begitu ramai, tak
boleh bergerak 3 kali, boleh ke?
Kita tengah baca
Fatihah, tiba ada Pak Arab melintas di depan, kita terpaksa gerak sikit, lepas
tu ada lagi, kita kena gerak lagi.
Kalau pergerakan kaki
kita melebihi 3 kali, sembahyang batal. Habis tu sampai Subuh besok kita kena
ulang sembahyang, sebab sembahyang kita asyik batal.
Cuba bayangkan dalam
dunia ini ada satu mazhab sahaja. Nanti di depan Kaabah tiada siapa dapat
habiskan sembahyangnya!
Mazhab ini bukannya
pecahan Agama. Tapi lebih dari perbezaan pendapat yang sesuai dengan tempat-tempat
tertentu.
Cuba bayangkan, kalau
kerajaan wajibkan semua pelajar pergi sekolah naik bas sahaja. Tak boleh
ibu-bapa hantar, tak boleh naik basikal. Kononnya tiada keseragaman. Gila kan?
Semua orang ada cara
masing-masing. Yang penting pergi sekolah, tiada kesah naik bas ke kereta ke
permaidani ajaib ke.
Hal ini, bukan sahaja
boleh diaplikasikan kepada mazhab sahaja. Tetapi juga boleh dikaitkan dengan
hukum-hukum ijma’. Contoh paling terdekat, hukum mengucapkan Selamat Hari
Natal.
Apa yang susah sangat?
Ada ulama’ kata haram tak boleh. Al-Qaradhawi kata boleh. Bukannya semua ulama’
kata Haram Mutlak. Seperti biasa khilaf (perbezaan pendapat) ini berguna
mengikut tempat. Agak-agak kalau anda duduk di Arab Saudi, jiran kau 100%
Muslim, takkan tiba-tiba nak bagi pengumuman, “Hey Assalamualaikum. Merry
Christmas“?
Tapi takkanlah kalau
kau duduk kat Malaysia, ada 30 kawan Kristian. Kau terserempak dengan mereka.
Kau nak diam je? Pastu “hehe sorry agama saya tak bagi wish Krismas hehe“.
Cuba kau fikir macam
mana persepsi penganut agama lain kalau mereka nampak kita macam ni? Kalau kita
ini, mereka wish Hari Raya, kita suka kan?
Jadi, dengan keadaan
yang kita bercampur-baur bangsa dan agama di sini, kita kena hormat pegangan
orang lain. Bukan setakat hormat orang Kristian, tapi lagi penting hormat orang
Islam sendiri yang berpendapat lain daripada kita.
Agak-agak kalau kita
ni jenis tak bercampur dengan bangsa lain, semua kawan melayu, diam-diamlah tak
payah wish Krismas.
Ini, bila ada member
kita yang jenis bercampur dengan masyarakat, dia berpendapat seperti
Al-Qaradhawi dan wish kawan-kawan dia yang beragama Kristian, boleh pergi wall
post dia haramthis haram that. Bodohnya?
Maka, timbul juga
persoalan-persoalan seperti bolehkah kita mengamalkan mazhab lain. Contohnya,
kita yang mazhab Syafi’e ni nak amalkan mazhab Maliki pulak.
Hal ini dinamakan
talkin (mencampurkan mazhab). Ustaz saya kata, hal ini tak boleh sama sekali,
kecuali: a) Kita sudah belajar sepenuhnya keempat-empat mazhab. b) Kita pergi
ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.
Walaupun jika
seseorang itu sudah belajar kesemua mazhab, adalah dinasihatkan supaya
konsisten dengan satu mazhab sahaja. Seperti Imam Al-Ghazali, walaupun beliau
‘alim dengan semua mazhab, tapi beliau hanya mengamalkan mazhab Syafi’e sahaja.
Ingatlah, mazhab itu
bukan perbezaan agama. Tapi ia adalah medium untuk memudahkan kita semua untuk
menjalankan ibadah seharian agar mendekatkan diri kita dengan-Nya
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.