loading...
loading...
PARIT BUNTAR - Seorang
naib kadi Pejabat Agama Islam Parit Buntar tidak menyangka dua muka surat ayat
suci al-Quran milik Masjid Hijau, Kampung Kedah di sini, lenyap sewaktu hendak
membacanya pagi tadi.
Mohamad Khori Junus
berkata, lebih kurang jam 11.05 pagi, dia menunaikan solat sunat di masjid
berkenaan dan berhajat membacakan Surah Al-Waqi’ah sementara menunggu kehadiran
pasangan pengantin untuk dijalankan upacara akad nikah.
Menurutnya, dia segera
mengambil salah satu naskh=ah al-Quran yang diletakkan di bahagian mimbar
masjid dan terkejut mendapati sebahagian besar ayat Surah Ar-Rahman dan
permulaan ayat Surah Al-Waqi’ah yang ingin dibaca ‘hilang’ ketika membukanya.
“Saya sangat terkejut
dan memaklumkan perkara itu kepada imam masjid yang kebetulan turut berada di
situ bagi menjadi saksi nikah.
“Beliau (imam masjid)
memaklumkan tidak pernah mengetahui terdapat sebarang naskhah al-Quran tidak
sempurna disimpan pihak masjid dan meminta saya memaklumkan kejadian itu kepada
Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk),” katanya kepada media di sini hari
ini.
76px; text-align:
justify;">Mohamad Khori berkata, hasil pemeriksaannya mendapati
sebahagian ayat dari Surah Ar-Rahman yang hilang bermula ayat 41 hingga ayat
78, manakala ayat dari Surah Al-Waqi’ah pula bermula ayat pertama sehingga ayat
16.
Menurutnya, pada
mulanya dia menganggap mungkin berlaku kesilapan pencetakan pada naskhah
al-Quran Resam Uthmani yang merupakan cetakan keempat pada sembilan tahun lalu.
“Namun, apabila
memikirkan proses pencetakan al-Quran perlu melalui prosedur amat ketat oleh
panel pemeriksaan dilantik Jabatan Kemajuan islam Malaysia (Jakim), saya
memutuskan penemuan ayat al-Quran hilang mungkin merupakan satu peringatan
kepada umat Islam,” katanya.
Lebih mengejutkan,
Mohamad Khori mendedahkan intipati sebahagian ayat al-Quran hilang terutama
ayat permulaan Surah Al-Waqi’ah menceritakan tentang kejadian-kejadian besar
pada hari kiamat.
"Dewasa kini,
amalan membaca al-Quran dalam kalangan umat Islam di negara ini dilihat semakin
berkurangan terutama dalam kalangan golongan muda.
“Saya berharap
penemuan ini tidak disalah tafsir, sebaliknya dijadikan iktibar dan pedoman
buat diri saya dan seluruh umat Islam untuk kembali taat kepada perintah Allah
SWT dan Rasulnya,” katanya.
Mohamad Khori turut
mendedahkan pengalaman ini pertama kali dialaminya dan berharap perkongsian
pengalaman itu dapat mengingatkan umat Islam supaya kembali mengimarahkan bacaan
al-Quran setiap masa.
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.