Loading...

MISTERI TAMADUN PURBA YANG DITENGGELAMKAN KE DASAR LAUTAN!!

loading...
loading...



Manusia zaman moden sehingga ke hari ini masih tidak tahu secara terperinci bagaimana piramid di bina. Kita masih hairan apabila menemui pelbagai lukisan atau artifak yang berbentuk pesawat kapal terbang dalam gua.

Manusia moden terpegun apabila menemui bangunan-bangunan yang kukuh dan canggih yang tenggelam di dasar lautan. Malah, kita begitu hairan bagaimana manusia terdahulu memotong batu-batu yang begitu besar dan dilekatkan antara satu sama lain.

Mari kita baca dan renungkan bersama, penemuan beberapa tamadun purba yang telah ditenggelamkan di dasar lautan.

Alexandria, Egypt

Alexandria, Rhakotis, Egypt

Bandar yang dikatakan hebat ini termasuk istana Cleopatra di Pulau Antirhodos dan bandar purba Rhakotis telah ditenggelami ombak laut yang besar dan gempa bumi lebih 1,200 tahun dahulu yang akhirnya menelan kaum ini beserta peradabannya sekali.

Heracleion (Thonis), Egypt

Heracleion (Thonis), Egypt

Runtuhan dan tamadun ini ditemui pada tahun 2000 oleh sebuah pasukan penyelidikan IEASM (Institut European D'Archeologies Sous Marine). Sebelum bandar Alexandria wujud, ia merupakan sebuah pelabuhan perdagangan Egypt yang penting. Dikatakan tenggelam sekitar 8 Sebelum Masihi.

Canopus, Pinggir Timur Alexandria

Canopus, Pinggir Timur Alexandria

Wilayah Canopus ini terkenal sebagai lokasi pemujaan Osiris dan Serapis iaitu kuil penyembuhan dewa-dewa dan sebagainya. Ditemui oleh Putera Toussoun pada tahun 1933. Bencana besar telah melupuskan segala-galanya dan yang tinggal hanyalah runtuhan sejarah untuk kita mengambil iktibar di sebalik kejadian ini.

City of Baiae (Campania)

City of Baiae (Campania)

Dikatakan bahawa kaum ini telah diserang wabak malaria pada tahun 1500 tahun dahulu. Kebanyakan bangunan telah tenggelam di bawah air yang disebabkan oleh letusan gunung berapi dan gempa bumi.

Piramid Purba Yunaguni

Piramid Purba Yunaguni

Batu pelik di bawah laut Pulau Yonaguni Jima telah ditemui oleh sekumpulan penyelam tempatan pada tahun 1986. Berusia sekitar 5000 tahun, bandar yang tenggelam akibat gempa bumi dengan batu monolithic yang sangat tersusun, piramid yang teratur, seperti suatu peradaban dan tamadun yang hebat pernah wujud sini.

Tanda-tanda kebesaranNya

Apa pun kebenarannya, tanda-tanda ini adalah bukti kekuasaan Tuhan pencipta alam sebagai pengajaran kepada kita umar akhir zaman.

Untuk renungan bersama, Allah berfirman di dalam Surah Yunus ayat 10:13 yang maksudnya: "Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada mereka Rasul-rasul yang membawa keterangan-keterangan dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan".
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

loading...