Loading...

'Abang janji, ini last abang pergi sana, lepas ni boleh simpan basikal' - Arwah Firdauz

loading...
loading...

JOHOR BAHRU - Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar, salah seorang mangsa yang dirempuh kereta dalam kejadian jam 3.20 pagi semalam.

Menurut bapanya, Mohd Azhar Abdul Karim, 46, sebelum bertolak ke Institut Jantung Negara (IJN) pada malam Khamis, dia telah meminta arwah untuk menjaga adik beradiknya yang lain namun arwah marah dan selalunya tidak begitu, katanya memetik laporan dari Berita Harian.

"Arwah tidak menoleh ke arah ibunya yang memanggil dan hanya bersalaman dengan saya, kakaknya, pakcik dan dua anak sauadara saya.

"Sekembalinya dari IJN jam 1 pagi, arwah tiada di rumah dan anak saya yang lain maklumkan arwah keluar dan tidur di rumah rakannya," katanya sebelum mengetahui kejadian yang menimpa arwah.

Sementara itu, kakaknya, Nur Diayana Mohd Azahar, berkata, dia tahu arwah adiknya bermain basikal dan arwah juga berjanji itu kali terakhirnya untuk pergi ke tempat itu. Namun tidak menyangka itu kali terakhir bertemu dengannya. 

"Ye, adik saya memang main basikal dan memang setiap hari Jumaat, arwah akan ke sana. Khamis lalu sebelum saya berangkat ke sana IJN (malam) untuk membawa anak saya check up, saya dah pesan pada dia agar jangan pergi ke mana-mana sebab saya tiada di rumah Jumaat ini. Tetapi arwah kata nak pergi juga. 

 Abang janji dengan Angah, ini last abang pergi sana, Angah. Last, lepas ini bolehlah simpan basikal abang...

"Masa itu saya diam seribu bahasa. Masing-masing manusia, masing-masing ada keturunan, kan? Tak apa, saya tak marah, cakaplah apa yang awak-awak semua nak cakap. Masing-masing ada hak. 


"Tak apa, malam kejadian cakaplah pusing cerita macam mana pun, Allah itu Maha Melihat dan Maha Adil. Cuma rasa amat terkilan bila ada yang menyatakan mangsa tengah main lajak (basikal). Pada masa yang sama, arwah-arwah semua tengok, berhenti di tepi," katanya. - The Reporter
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

loading...