Loading...

GEMPAR!!! KEJADIAN LUAR BIASA BERLAKU SEMASA PENGEBUMIAN ARWAH AYAH PIN??

loading...
loading...



Dilaporkan terdapat kejadian luar biasa yang berlaku semasa pengebumian ayah pin,.

Namun admin tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut. Bersama-sama kita sedekahkan al fatihah pada arwah ayah pin...pembaca boleh membaca berita dari BERNAMA ini..

BESUT, 23 April (Bernama) -- Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai "Ayah Pin" yang pernah menggemparkan negara dengan mengamalkan ajaran sesat 'kerajaan langit' meninggal dunia malam tadi.

Arifin, 74, meninggal dunia di rumah isteri ketiganya, Che Jaharah Awang, di Kampung Batu 13, Hulu Besut di sini pada kira-kira 8.30 malam tadi kerana sakit tua.

Menurut Che Jaharah, 56, suaminya itu didapati tidak sihat terutama sejak kembali semula ke Kampung Batu 13 selepas melarikan diri daripada buruan pihak berkuasa pada 2005.

"Arwah mempunyai banyak penyakit dan sejak akhir-akhir ini kesihatannya sering terganggu," katanya ketika dihubungi Bernama Sabtu.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu pada 1986 telah mengeluarkan arahan bahawa ajaran dibawa Ayah Pin bertentangan dengan Islam dan sesat.

Pada Ogos 2005, Pejabat Tanah Besut juga telah mengambil tindakan merobohkan bangunan termasuk replika binaan yang didirikan Ayah Pin di sekitar kawasan tempat mereka mengadakan perhimpunan dengan pengikutnya kerana bertentangan dengan Islam.

Semasa mengetuai kerajaan langit, Arifin dipercayai berjaya mengumpulkan lebih 150 pengikut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan menerima laporan mengenai kematian Arifin melalui Balai Polis Pasir Akar, Hulu Besut hari ini.

Jenazah Arifin dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu 13 di sini, hari ini
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

loading...