Loading...

Video.. Inilah Perasaan Si Suami Yang Buat Pertama Kalinya Dapat Lihat Wajah Isteri Dan Anaknya !!!

loading...
loading...
SEBAK. Inilah Perasaan Si Suami Yang Buat Pertama Kalinya Dapat Lihat Wajah Isteri Dan Anaknya !!! | Gene yang menderita akibat kemerosotan keadaan matanya dan tidak pernah melihat isteri dan anak lelakinya dengan jelas. Namun keadaan berubah apabila cermin mata elektronik ini dicipta seiring dengan kemajuan teknologi semasa.
Gene merupakan pengidap penyakit Stargardt di mana penglihatannya semakin merosot dan perlahan-lahan hilang semenjak beliau remaja. Penyakit ini menyerang titik tengah penglihatan manusia dan menjadikannya kabur lantas gagal untuk melihat objek bertumpu seperti muka dan sebagainya.
Gene gemar memasak dan menghabiskan masa dengan isteri dan anak lelakinya yang baru berusia setahun namun dia tidak dapat melihat wajah mereka.
Isterinya, Joy yang kebetulan menyaksikan rancangan Rachel Ray di mana sedang menayangkan episod wanita penghidap penyakit Stargardt yang dapat melihat ahli keluarganya melalui bantuan cermin mata elektronik. Lantas Joy menulis surat meminta bantuan Rachel.
Rachel Ray kemudiannya bertindak membawa Gene dan Joy ke rancangannya supaya Gene dapat mencuba memakai cermin mata elektronik tersebut dan melihat ahli keluarganya.
“Saya sangat teruja. Saya kira, tiada kata-kata yang mampu saya gambarkan saat saya pertama kali melihat ahli keluarga saya dengan sempurna,” ujar Gene sejurus cermin mata tersebut dipakai.
Pakar daripada e-sight yang menghasilkan teknologi ini sendiri yang memakaikan Gene cermin mata tersebut dan orang yang pertama dilihat ialah isterinya.
Suasana menjadi sebak apabila isterinya menitiskan air mata selepas Gene berkata, “Cantiknya! Saya boleh nampak seluruh wajahnya dalam satu masa. Wah! Biasanya saya hanya nampak imej-imej yang pecah dan cuba meletakkan semua rincian wajahnya dan mengingatinya sehingga saya melihatnya lagi.”
Malah, Gene juga mampu melihat para penonton di studio. Ibu bapa Gene juga turut dipanggil naik ke pentas dan sangat gembira apabila anaknya melihat mereka.
e-sight telah menderma cermin mata yang berharga $15000 tersebut kepada Gene dan ahli keluarganya. Saksikan episod yang meruntun hati tersebut di bawah.
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

loading...