loading...
loading...
"Lama dah dia kata dia dengar bisikan suara yang suruh bunuh anaknya yang baru berusia 40 hari itu. Lagipun dia tinggal di blok yang sebelum ini terbiar dan sunyi."
Yang tiada latar belakang perubatan, mesti akan terlintas gambaran hantu, kan? Lagipun akhbar pun bagi petunjuk blok itu terbiar dan sunyi. Tolonglah, kalau ada kenalan yang mengadu sebegini, bawalah ke hospital untuk penilaian. Kalau lambat, ada nyawa yang mungkin melayang!
Tetapi apa sebenarnya yang mungkin terjadi? Dengan petunjuk yang dikongsikan di dada akhbar cukup terhad, ini adalah gambaran yang mungkin terjadi, namun tidak semestinya tepat. Kalau mahu yang tepat, perlu tunggu laporan bedah siasat mangsa dan penilaian perubatan suspek serta siasatan polis.
Bisikan, dalam psikiatri ia dinamakan sebagai 'auditory hallucination' iaitu 'mendengar' suara yang bukan realiti sama ada satu suara bercakap sendiri atau dua suara bercakap sesama sendiri atau suara yang mengarahkan pesakit berbuat sesuatu.
Contohnya dalam kes ini, suara itu mengarahkan suspek untuk mengelar anaknya sendiri. Pada mulanya pesakit mungkin sedar dan abaikan bisikan suara tersebut. Namun lama kelamaan, ia akan membarah dan semangat punah ranah.
Analogi: Pembohongan sama yang dihebahkan setiap hari, lama kelamaan akan dianggap sebagai kebenaran. Begitu juga bab bisikan ini yang mula-mula memang dianggap khayalan semata-mata. Tetapi lama kelamaan pesakit akan ikut juga.
Beberapa minggu selepas bersalin, sebahagian wanita berisiko untuk mendapat masalah postpartum psychosis, postpartum depression dan baby blues.
Postpartum psychosis, kadangkala disebut meroyan. Antara simptomnya ialah halusinasi contohnya auditory (telah dibincangkan) dan visual (terlihat sesuatu yang bukan realiti). Ada juga yang mungkin bersikap paranoid dan berubah karekter.
Apa yang masyarakat perlu tahu?
- Wanita bersalin tidak sepatutnya ditinggalkan bersendirian.
- Izinkan jururawat yang datang untuk lawatan rumah masuk dan memeriksa anak serta ibu.
- Hadir temujanji ke klinik kesihatan atau hospital, jika ada
- Makan ubat yang diberi, jika ada
- Ambil berat isu meroyan dan bagi sokongan.
Nombor lima, jika ada wanita selepas bersalin yang mengadu mengalami halusinasi seperti terdengar bisikan, ternampak bayangan atau rasa disentuh atau dipegang sesuatu yang tidak dapat dilihat orang mata kasar, jangan buat bodoh atau terus bawa jumpa bomoh.
Sebaliknya terus nasihatkan untuk pergi ke hospital bagi penilaian perubatan terlebih dahulu. Gunakan segala kemahiran negosiasi yang ada untuk memujuk mereka. Katakan kepada mereka,
"Awak bukan gila. Ini bukan salah awak. Ia cuma masalah hormon yang tidak stabil selepas bersalin. Awak tidak berseorangan. Jom pergi hospital untuk penilaian dan rawatan. Saya buat semua ini sebab saya sayang awak!"
Sweet, kan?
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.