loading...
loading...
SHAH ALAM, SELANGOR - Tiga beradik perempuan nyaris menjadi mangsa rompakan ketika mereka dalam perjalanan ke destinasi, lewat malam tadi.
Dalam kejadian jam 12 malam di kawasan Seksyen 18, Shah Alam, Faziera Delia, yang sedang memandu kereta dengan kelajuan 60 km/j diserang penunggang motosikal menyebabkan cermin tingkap bahagian pemandu pecah.
Terkejut dan panik dengan kejadian itu, Faziera segera membunyikan hon tanpa henti menyebabkan suspek terus memecut motosikalnya dari tempat kejadian.
Suspek dipercayai menggunakan kapak untuk memecahkan cermin depan kereta mangsa sehingga tembus ke bahagian dalam.
Menurut Faziera, suspek berkemungkinan mahu menyasarkan kepalanya, namun senjatanya itu terkena pada pintu kereta.
Mangsa juga percaya, suspek bergerak secara berkumpulan berikutan pada masa kejadian, ada sebuah kereta cuba menghampiri kereta mangsa dan di bahagian depan pula sebuah lagi motosikal yang ditunggang dengan perlahan seperti sedang menunggu mangsa terbabas.
Kedua-dua mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan namun trauma dengan kejadian itu kemudian membuat laporan polis. - The Reporter
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.