Loading...

TERBONGKAR RAHSIA Ibu Terkejut Rupanya Anaknya Dibelasah Nadia Nordin Selepas Ditunjukkan Video

loading...
loading...






KOTA BHARU: Perbuatan seorang wanita dibogelkan dan dipukul dengan dua botol minuman kaca di dahi sehingga menerima lapan jahitan menjadi viral di media sosial. Video berhubung kejadian terhadap Fatin, 26, itu tersebar sejak Sabtu lalu dan mendapat kecaman daripada ramai netizen. 

Dua video yang masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan dan 1 minit 15 saat itu memaparkan seorang wanita diserang seorang wanita lain dan dibogelkan. 

Terdapat lima individu dalam video terbabit termasuk mangsa. Satu video lagi menunjukkan seorang wanita yang didakwa sebagai Nadia menyerang lelaki dipercayai suaminya dan kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, Selasa lalu. 

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Ani, 50-an, berkata dia sangat terkejut dengan penyebaran dua video itu yang nyata mendatangkan aib kepada keluarga mereka.

 Beliau yang ditemui di Kampung Chicha, di sini, berkata hanya mengetahui perkara itu tiga hari selepas kejadian kerana ditunjukkan video oleh seorang anaknya. 

"Fatrin keluar pada Selasa lalu kira-kira jam 12.30 pagi selepas dijemput seorang rakannya untuk keluar minum sebelum rakan terbabit menukar rancangan untuk ke pekan Sungai Golok, Thailand. 

"Anak saya pulang ke rumah pada jam 3 petang pada Rabu lalu dan sebelum itu menelefon saya memberitahu dia terbabit kemalangan kerana ingin menyembunyikan perkara sebenar (dipukul)," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu yang dibuat mangsa pada Sabtu lalu, di Balai Polis Kubang Kerian. 

"Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan satu lagi laporan polis turut dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Kota Bharu oleh seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan penyebaran video itu," katanya. 

Laporan itu menyebut tiga wanita dan seorang lelaki mengugut pengadu untuk mencederakannya kerana menuduhnya menyebarkan video terbabit. 

sumber: Bharian.
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

loading...