loading...
loading...
Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!! | Beberapa hari yang lepas semasa saya menjadi pemandu GRAB, saya telah mendapat panggilan masuk dari Sentul. Saya terus menuju ke situ dan berhenti di kawasan rumah pangsa. Saya agak terkejut kerana penumpang itu adalah seorang makcik yang sudah berumur dan berjalan dengan sokongan tongkat. Gerak langkahnya agak sukar. Saya segera keluar dari kereta untuk membantu beliau memasuki kereta.
Apabila ditanya destinasi tujuan makcik itu menyatakan ingin ke HKL. Suasana sepi sebentar. Saya memulakan bicara apabila melihat makcik itu hanya terdiam sepi sambil memandang diluar tingkap. “Siapa yang ajar puan menggunakan aplikasi grab nih?”, soal saya memulakan bicara. “ Anak makcik. Dia bagi hand phone ni untuk mudahkan makcik ulang alik ke hospital pergi check-up. Anak dah kerja dan sudah berkahwin. Tinggal pulak berasingan. Memang pada mulanya makcik memang tak tahu nak guna. Tapi cekalkan hati belajar dan berani guna. Makcik tak mahu paksa anak hantar kerana takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alas an atau menghantar dengan terpaksa dan muka masam. Biarlah makcik guna teksi atau pun grab nih”.
Dia terdiam sejenak. Saya sedia mendengar luahan hatinya. Mungkin ini melegakan dirinya kerana ada teman berbicara. “Sekarang saya sedar, kita tunaikan amanah Allah menjaga anak untuk menyenangkan hidup mereka. Tapi jangan mengharap anak meyenangkan hidup kita.” Saya lihat dari cermin pandang belakang, mata makcik itu berkaca. “ Dosa berkata ‘uhh’ pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan atau bermasam muka bila diminta sesuatu. Biarlah saya anggap saya sudah tunaikan amanah saya memelihara mereka. Biarkan mereka hidup tanpa diganggu”. Allahuakbar!!! Saya pula yang hampir menitiskan air mata. Sebak!
Katanya itu benar-benar memberi kesan dalam hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan mak abah. Pernah juga memberi alasan untuk tidak menunaikan permintaan mereka dan yang paling dikesalkan bukan tak pernah bermasam muka dengan mereka. Astagfirullah!!! Ampunkan diriku. Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa. Subhanallah….
Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh makcik yang saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa bila sibuk mengejar dunia. Ada anak yg hilang pertimbangan antara ibu ayah yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yg perlu dihambat. Ibu bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti makcik yang saya ceritakan sehingga akhir hayatnya.
Pengalaman berharga ini memberi pengajaran yang besar dalam diri ini. Insyallah, semoga kita semua berusaha seboleh-bolehnya untuk tidak memberi alasan kepada ibu dan bapa kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan kita kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!
Moga Allah ampunkan dosa saya dan dosa kita semua atas keterlanjuran perbuatan kita kepada kedua orang tua kita. Sesungguhnya hati ini perlu sentiasa diingati kerana kekadang ia terpesong ke tepi. Astagfirullah..
Alfatihah untuk kedua ibubapa kita.
Alfatihah untuk kedua ibubapa kita.
Saya doakan yang terbaik untuk semua. Saya tahu kita ini masih menongkat dunia tapi ibu bapa jangan dilupa. Tanpa mereka siapalah kita..
Sumber : FB Fini Zaini
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih