Loading...

Memang Tak Dijangka ! Tindakkan seorang Wanita Lepas Rindu, Paksa Seorang Lelaki Puaskan 'Nafsunya' Di Rumah

loading...
loading...



Suatu hari, ketika pemuda itu berjalan-jalan, seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumahnya.

Apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah tersebut, maka wanita itu terus mengunci pintu.

Pemuda itu terkejut dengan perbuatan wanita tersebut dan pemuda itu terus mengingatkan wanita itu kepada Allah SWT tentang azab dosa ke atas perbuatannya itu.

Tetapi peringatan itu tidak diendahkan. Malah peringatan tersebut menjadikan wanita itu bertambah marah.

Lalu wanita itu menyatakan bahawa dia ingin melepaskan perasaan rindunya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut. Wanita itu mengugut dan berkata pada pemuda penjual kain:

“Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan kepada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong.

Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk ke rumahku dan memaksaku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat nekad wanita itu, pemuda itu menyuruhnya pergi mempersiapkan diri dan kemudian dia meminta izin untuk ke bilik air dengan alasan kononnya dia juga ingin mempersiapkan diri.

Di dalam bilik air, pemuda itu merasa sangat gementar dan takut yang amat sangat tentang apa yang akan berlaku ke atas dirinya. Tiba-tiba timbul dalam fikirannya untuk melakukan sesuatu.

Pemuda itu pun membuang air besar dan ia melumurkan seluruh badannya dengan najis sendiri. Sambil menangis ia berkata dalam hati :

“Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia mendapati wanita itu sudah menunggunya. Betapa terperanjatnya wanita tersebut apabila melihat keadaan badan pemuda itu yang berlumuran najis.

Wanita tersebut merasa sangat jijik dengan keadaan pemuda itu. Lalu wanita itu pun menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Dengan ini, maka lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat.

Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang. Pemuda itu terus balik ke rumah untuk membersihkan diri.

Dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya dia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu malu, pemuda itu memohon maaf.

Apabila dia ingin beredar, para jemaah masjid mula mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu.

Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya. Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai ke akhir ajalnya.

Lalu pemuda itu mula dikenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” yang bermaksud Pemuda Kasturi.

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia telah terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah SWT. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu ternoda walaupun kamu tidak melakukannya.

Itulah dinamakan zina hati.




Sumber : Berita Viral 16
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

loading...