loading...
loading...
KAMI pasti ramai yang sudah meluat dan menyampah dengan kenyataan demi kenyataan yang keluar dari mulut suami penyanyi Adira iaitu Datuk Red.
Mana tidaknya, rata-rata netizen menyifatkan ahli perniagaan itu seolah-olah tidak sensitif dalam menjaga hati isteri-isterinya.
Terbaharu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 38, memberitahu, dia ingin memenuhi jumlah ‘kuota’ isterinya kepada empat orang dalam masa dua tahun.
“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40.
“Saya hendak buat versi baru (pelawak) Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, (isteri) nombor satu masih 30, bergetah lagi.
“Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?” katanya kepada ProjekMMO.
Tidak meletakkan sebarang ciri-ciri khusus untuk menjadi isterinya, namun Datuk Red mahukan bakal isterinya itu menghormati madunya sendiri dan patuh pada arahannya.
“Isteri ketiga perlu patuh sebab dia nombor tiga. Kalau saya suruh cuti, kena cuti. Perempuan tersebut tidak payah selindung. Saya tahu gerak-gerinya.
“Macam Adira, saya cuba beri duit, dia tidak mahu. Sebab itu saya hanya ambil masa kenali Adira tiga minggu saja,”katanya.
Selain mengimpikan berbini empat, Datuk Red juga berharap dikurniakan 20 cahaya mata dan separuh darinya adalah lelaki.
“Apabila saya meninggal, saya hendak mereka pikul saya. Tetapi sekarang baru tiga anak lelaki,” katanya.
Buat masa ini, Datuk Red memiliki lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan sebelum itu.
Sejak akhir-akhir ini, nama Datuk Red menjadi perbualan hangat selepas videonya keluar bersama pelakon Ruhainies tersebar menjadi viral.
Ketika insiden itu, isteri keduanya iaitu Adira baru sahaja disahkan hamil. – MYNEWSHUB.CC
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih