Loading...

WAJIB TAHU!! HUKUM BERSETUBUH PADA WAKTU MALAM YANG RAMAI TIDAK TAHU.

loading...
loading...


Firman Allah SWT:

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf[115] dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa(Surah Al-Baqarah 2:187

Mengenai turunnya ayat ini terdapat beberapa peristiwa sebagai berikut:

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan berkata:

"Celakalah saya wahai Rasulullah"

Rasulullah bertanya: “Apa yang mencelakakan kamu?”

Dia menjawab: “Saya telah melakukan hubungan seks dengan isteri saya pada (siang hari) bulan Ramadhan.”

Lalu Rasulullah bertanya: “Bolehkah kamu mencari seorang hamba untuk dibebaskan?” “Tidak!”

“Bolehkah kamu berpuasa dua bulan berturut-turut?” “Tidak!”

“Bolehkah kamu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” “Tidak!”

Kemudian dia duduk. Tatkala itu dibawakan kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sebakul kurma.

Rasulullah berkata kepadanya: “Sedekahkanlah (kurma) ini”.

Dia menjawab: “Adakah yang lebih miskin dari kami?

Tidak ada yang lebih miskin di antara dua lembah Madinah ini melainkan keluarga saya.”

Mendengar yang sedemikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ketawa sehingga nampak gigi baginda.

Lalu baginda bersabda:
“Pergilah dan berilah makan keluarga kamu (dengan kurma ini).” ([Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1111-1 (Kitab al-Siyam, Bab larangan keras melakukan hubungan seks…)].

Jika begitu bagaimana hendak melakukan hubungan seks di bulan ramadhan? Kepada isteri-isteri di siang hari pada bulan puasa hendaklah menolak ajakan suami untuk melakukan hubungan seks jika tak sanggup kena kifarat. Bukan mudah dan terdaya hendak berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Untuk itu boleh melakukan pada waktu malam aktivit seks anda.

Seks Bukan Beban

Memang, kadang-kadang hubungan intim selama bulan puasa jadi beban bagi pasangan. Memang meletihkan kerana pada waktu siang, si isteri kena menyediakan hidangan dan juadah untuk berbuka puasa dan sahur. Tetapi melakukan hubungan seks pada waktu malam adalah ibadah juga. Sebab, kita boleh membezakan yang mana wajib dan mana yang Sunnah.

Surah Al-Baqarah ayat 187, menyatakan dihalalkan kepada kamu pada malam Ramadan bersetubuh dengan isteri-isteri kamu. Ayat ini membolehkan hubungan seks di malam hari. Ini bererti hanya di siang hari Ramadan, hubungan seks tidak dibenarkan. Kerana itu, jangan jadikan ia beban. Bukankah hukum agama membolehkan? Jadi nikmati saja hubungan seks itu. Anda tidak perlu merasa bersalah. Justeru itu dapat pahala pula. Bagi isteri, itu sama saja dengan ibadah. Anda pasti tahu, melayani suami termasuk ibadah. Jika dilakukan dengan senang hati, dengan ikhlas bukan paksaan.

Oleh yang demikian, anda boleh menikmatinya dan ia merupakan kewajiban bagi seorang isteri. Jadi sepanjang permintaan suami masih wajar, lakukan saja. Mengapa tidak mahu merasakan kenikmatan hubungan seks itu. Jangan sampai ada perasaan ingin merasa menang dan memaksa. Misalnya, suami yang menginginkan hubungan seks memaksa kehendaknya pada isteri yang sebenarnya yang tidak mahu.

Pada waktu malam memang masa terlalu terhad untuk melakukan hubungan seks. Selepas habis waktu berbuka sudah mula untuk solat maghrib dan kemudian ke masjid untuk solat Isyak dan Tarawih. Masa yang sesuai adalah selepas balik dari masjid jam 10.00 malam sehingga 11.00.

SUMBER : Jubahsemalam.blogspot.com
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

loading...