Loading...

Sahur Yang MENGERIKAN. Sekeluarga PANIK Bila TERSEREMPAK Tetamu Tak Diundang !!!

loading...
loading...



TELUK INTAN – Sebuah keluarga gempar ketika bangun sahur selepas mendapati seekor ular tedung hitam melingkar di dalam mangkuk tandas rumah mereka.



Mohd Sahidi Saad, 38, dari Kampung Sungai Kerang berkata, ketika kejadian dia baru sahaja selesai bersahur dan menuju ke tandas di rumahnya.

“Apabila saya masuk, saya melihat satu objek hitam berkilat sebesar lengan kanak-kanak di dalam mangkuk tandas dan ia bergerak.

“Selepas diamati saya mendapati ia adalah seekor ular tedung hitam dan terus memaklumkan kepada ahli keluarga supaya tidak ke tandas,” katanya kepada Sinar Harian.




Mohd Sahidi kemudiannya menelefon Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Hilir Perak bagi mendapatkan bantuan menangkap ular berkenaan.

“Sementara menunggu JPAM sampai saya tidak membenarkan anak-anak masuk ke dalam tandas dan mereka ke sekolah tanpa mandi.

“Ini merupakan kali pertama kami sekeluarga mengalami kejadian ular masuk ke dalam rumah dan saya percaya ia datang dari saluran pembetungan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, setibanya anggota JPAM ke rumah mangsa, mereka mendapati ular berkenaan berada di dalam lubang mangkuk tandas.

“Apabila anggota saya menghulurkan pengepit, ular berkenaan bertindak mematuk batang pengepit tersebut dan menunjukkan sifat agresif.

“Tetapi dengan kepantasan anggota saya mereka berjaya menggunakan sebuah lagi penyepit bagi menangkap ular tedung tersebut dan dibawa keluar dari lubang tandas,” katanya. Sumber:- SinarHarian
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

loading...