Loading...

Rampas jualan Ramadan wanita tua, pihak berkuasa dikecam

loading...
loading...



JAKARTA: Video seorang pemilik warung di Indonesia yang merayu-rayu meminta agar jualannya tidak dirampas, bukan sahaja mencetuskan kemarahan warga siber malah mereka mengumpulkan dana melebihi 265 juta Rupiah (S$27,000) untuk membantu wanita itu.
Tindakan pihak berkuasa Indonesia yang merampas makanan dari para pegerai yang menjalankan perniagaan makanan mereka pada siang hari di bulan Ramadan adalah suatu perkara biasa.
Namun, kes Cik Saeni berusia 53 tahun itu begitu mendapat perhatian ramai yang mengkritik pihak berkuasa kerana bersikap menindas semasa menjalankan serbuan di bahagian barat Jakarta, Serang.
Salah seorang pengguna laman Facebook Elisabeth Oktofani berkata: "Anda seharusnya bertolak ansur terhadap mereka yang tidak berpuasa, pihak berkuasa amat kejam."
Menurut Cik Saeni, seperti yang ditukil oleh media Indonesia, beliau sedang menanggung beban hutang maka beliau memutuskan untuk terus menjalankan perniagaan makanannya demi mencari wang tambahan.
PRESIDEN JOKOWI KUTUK SERBUAN TIDAK WAJAR
Insiden tersebut turut menarik perhatian Presiden Indonesia Joko Widodo yang mengutuk serbuan itu dan mengarahkan kakitangannya agar membuat sumbangan derma peribadi, malah seorang jurucakap Encik Joko Widodo juga menyifatkan perbuatan terhadap warung berkenaan sebagai tidak wajar.
Cik Saeni mengesahkan bahawa beliau sudahpun menerima bantuan 10 juta Rupiah (S$1,020) dari Presiden Joko Widodo, yang dikirimkan menerusi dua orang suruhan presiden, lapor Merdeka.com.
"Ada bantuan dari Pak Jokowi tadi orang suruhannya yang berikan langsung ke sini," kata Cik Saeni semalam(12 Jun).
Cik Saeni menambah bahawa dua orang tersebut juga menyampaikan pesanan dari presiden agar wang yang diberikan digunakan untuk melangsaikan hutang beliau, menurut Merdeka.com.
Menerusi rakaman video tersebut, beberapa orang pegawai dilihat memasuki warung kecil milik Cik Saeni yang pada ketika itu memakai sarung kepala berwarna biru dan sedang merayu-rayu agar barang jualannya tidak dirampas.
Namun rayuan Cik Saeni itu tidak diendahkan malah makanan-makanan yang sedia ada dimasukkan ke dalam beg-beg plastik dan dibawa keluar dari warung tersebut.

SUDAH LANGGAR UNDANG-UNDANG
Pihak berkuasa di kawasan berkenaan turut mempertahankan tindakan mereka, sambil menekankan bahawa Cik Saeni sudah melanggar undang-undang.
Meskipun restoran-restoran yang terletak di bandar-bandar yang lebih besar masih terus dibuka sepanjang Ramadan, undang-undang di daerah yang lebih kecil seringkali mengharamkan para peniaga daripada menjual makanan pada siang hari.
Pihak penganjur yang melancarkan kempen mengumpul dana tersebut bercadang untuk mengagihkan wang tersebut kepada Cik Saenin dan para penjual makanan lain yang menjadi sasaran kerana berniaga pada siang hari di bulan Ramadan.
- AFP/Merdeka.com/nk
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

loading...