Loading...

3 Kali Mengandung, Terus Dapat 6 Anak

loading...
loading...


Kami berkahwin pada tahun 2009. Selepas kahwin terus mengandung, kata orang 'bunting pelamin'. Dapat baby single boy pada 5 Ogos 2010. Lahir secara normal selepas 38 minggu dengan berat 2.8kg. 


Selepas 6 bulan, sekali lagi saya disahkan mengandung. Bila discan, dapat twin girls. Alhamdulillah rezeki walaupun kami sebenarnya belum bersedia. Namun kami menerima rezeki ini dengan hati yang terbuka. 


Twin lahir secara normal pada 221 September 2011 selepas 36 minggu, dengan berat 1.8kg dan 2kg. Admit di hospital sehari sahaja. 

Selepas 4 tahun, saya mengandung buat kali ketiga. Dan kali ini memang benar-benar terkejut! Doktor kata saya dapat triplets, ada tiga baby dalam dua kantung! 


Morning sickness? Memang sangat teruk. Selama 4 bulan saya hanya duduk di atas katil, tak boleh bangun sebab kepala pening sangat. Hanya suami yang membantu saya menguruskan dan menjaga anak-anak yang lain pada masa itu. 

Pada minggu ke 28, saya mengalami contraction. Jalan bukan 5 sentimeter, pecah ketuban. Lalu saya perlu diczer segera. 


Dengan itu, pada 8 Mei 2015, lahirlah puteri kembar 3 saya dengan berat, 1kg, 1.1kg dan 1.2kg. Namun, admit di NICU sebab pra-matang. Tinggal di NICU selama 2 bulan sebab tak cukup berat.

Selepas dua bulan, discaj dan dapatlah bersama kami sekeluarga. Alhamdulillah kami sempat beraya bersama tahun lepas. Siap dapat baju sedondon lagi. Suami pergi tempah dengan anak-anak semasa saya di NICU dengan triplets. 

Alhamdulillah rezeki dan amanah dari Allah buat kami. Doakan kami bahagia dan bersama sehingga ke syurga. Amin.


SUMBER : JusOrenPower
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

loading...