loading...
loading...
Gadis Ini Jadi Mangsa Rogol Geng Bangla Selama 17 Hari Tanpa Henti | “Saya tidak akan memaafkan mereka sampai mati. Mana tidaknya, saya diperlakukan lebih teruk daripada binatang. Sepanjang dikurung selama 17 hari, saya dirogol sebanyak tiga kali dalam keadaan mata tertutup dan tangan diikat,” luaha seorang gadis cantik yang mahu dikenali sebagai Intan.
Intan diculik di kawasan rumahnya di Taman Salak Selatan, Cheras sekitar pukul 8 malam pada 12 Mac yang lepas oleh sekumpulan tiga lelaki warga Bangladesh berusia lewat 20-an.
Dia berjaya dibebaskan dengan bantuan keluarganya serta pihak berkuasa pada 29 Mac yang lepas kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling keesokan harinya.
Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang baru pulang dari rumah rakannya di Cheras mendakwa melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di tangga kawasan perumahannya.
“Mangsa yang tidak curiga dengan kehadiran mereka menggunakan tangga berkenaan untuk naik ke rumahnya di tingkat dua pangsapuri itu.
“Dua suspek kemudian menghampiri mangsa sebelum menekup mulutnya menggunakan sehelai kain menyebabkannya pengsan,” katanya.
Kumpulan terbabit kemduian membawa mangsa ke sebuah rumah di lokasi yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kereta.
“Ketika sedar, mangsa mendakwa dikurung di sebuah bilik selain melihat seorang lagi lelaki juga warga Bangladesh bersama dua suspek yang menculiknya itu.
“Setiap kali dirogol, mangsa mendakwa tangannya diikat manakala matanya ditutup dengan kain. Ma ngsa hanya mampu merayu dikasihani, namun rayuannya itu tidak diendahkan kumpulan terbabit,” ujarnya.
Selepas dikurung dan diperlakukan seperti hamba seks hampir 17 hari, mangsa akhirnya berjaya menggunakan telefon bimbit milik seorang daripada suspek sebelum menghubungi abangnya.
Kumpulan terbabit terpaksa melakukan rundingan dengan keluarga mangsa. Hasil rundingan itu, kumpulan terbabit akur untuk bertemu dengan abang dan bapa saudara mangsa di kawasan tapak projek di Jalan Kiara 9, Segambut Dalam sekitar pukul 8 pagi pada 29 Mac yang lepas.
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih