Loading...

BOLEHKAH ANAK LUAR NIKAH DI'BIN'KAN SELAIN DARI ABDULLAH? BACA SELANJUTNYA!!

loading...
loading...

 

Soalan:
Ustaz, jika seorang perempuan mengandung anak luar nikah tetapi dia berkhawin dengan lelaki yang mengandungkan dia, adakah anak itu masih di kira anak luar nikah dan kepada siapakah anak itu harus berbin atau berbintikan? Adakah berbin atau berbintikan lelaki tersebut(yg mengandungkan perempuan itu) atau abdullah?

Jawapan:
Ya, dikira anak luar nikah. Walaupun mereka berdua berkahwin, tetapi persetubuhan yang menyebabkan kandungan itu berlaku sebelum akad perkahwinan mereka. Jadi ia bukan anak hasil dari pernikahan, tetapi hasil dari zina. Anak zina tidak harus dibinkan kepada bapanya kerana ikatan nasab mereka berdua tidak diiktiraf oleh Syarak. Ia hendaklah dibinkan kepada ibunya atau dibinkan kepada Abdullah (hamba Allah).

Di dalam hadis, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Anak adalah bagi (pemilik) hamparan. Bagi penzina pula ialah al-Hajr” (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Maksud hamparan di dalam hadis di atas ialah isteri dan pemilik hamparan ialah suami. Di dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. telah menetapkan satu arahan agama iaitu anak hanya boleh dinasabkan kepada lelaki yang memiliki ikatan perkahwinan yang sah dengan ibu yang melahirkan anak itu.

Berkata ulamak; apabila seorang lelaki memiliki seorang wanita sebagai isteri atau hambanya (di mana mereka ibarat hamparan untuknya), apabila isteri/hamba itu melahirkan anak dalam tempoh yang tidak mustahil bagi kelahiran itu, maka anak itu akan dinasabkan kepadanya dan akan berlaku antara dia dan anak itu perwarisan dan hukum-hakam lain yang berkait dengan kelahiran, sama ada anak itu ada mirip/keserupaan dengannya atau berbeza dengannya.

Adapun penzina pula, Rasulullah berkata “baginya al-Hajr”. Al-Hajr ada dua tafsiran dari ulamak:

Ia bermakna batu; yakn penzina habuannya ialah direjam dengan batu.

Bermakna khaibah yang bermakna kecewa atau putus asa. Penzina baginya kekecewaan dan putus asa kerana kerana tidak ada hak baginya terhadap anak yang lahir sekalipun anak itu dari benihnya.

Rujukan
Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab ar-Radha’, juz. 10, bab al-Walad Lil-Firaysh.
An-Nihayah Fi Gharib al-Hadith Wa al-Athar, Imam Ibnu Athir.
Ahkam al-Aulad Fil-Islam, Zakaria Ahmad al-Barri, hlm. Hlm. 12.
Soal jawab agama bersama Ust Ahmad Adnan Fadzil, Penasihat Akademik Maahad Darul Faizin. http://Ilmudanulamak.blogspot.com
Wallahu a’lam
Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Maahad Darul Faizin




loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

loading...