Loading...

BAHAYA!!! CONTACT LENS BOLEH SEBABKAN PENYAKIT ULSER MATA?

loading...
loading...



Anda peminat Contact Lens? Seronok kan guna contact lens, macam-macam warna ada. Bila dah pakai, ramai yang puji mata kita cantik dan nampak menarik dari biasa. Tetapi, kesannya? Adakah anda peduli dengan kesannya? Inilah yang berlaku pada seorang pengguna contact lens yang kini menghidap penyakit ulser mata. 

Lihat saja gambar yang dikongsikan sudah tentu membuatkan bulu roma anda menegak dan mungkin terlalu tegak sehingga tercabut. 

Baca perkongsian MizDya Nieya di bawah, moga menjadi iktibar buat semua:

Beginilah keadaan mata saya pada hari ke-lapan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Mata nampak kuning sebab doktor letak ubat kuning untuk scan mata tadi. Harap dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada pengguna tegar Contact Lens. 

Hargai mata anda sebelum terlambat. Saya dah tiga tahun guna contact lens. Ingatkan selamat, tetapi betullah orang kata, lambat laun akan kena juga. Biasalah tak nak dengar nasihat orang tua, maka jadilah begini. 

Buat kaum hawa terutamanya remaja zaman sekarang, memang kita rasa kalau guna lens akan nampak comel, orang ramai puji kita. Tetapi kalau boleh, tolong elakkan. Saya pun guna sebab nak bergaya dan nak belajar. Memang betul ramai yang nak mendekati kita sebab saya guna lens warna biru. Orang kata nampak ganas tetapi akibatnya doktor mengesahkan saya menghidap penyakit ulser mata.

Doktor maklumkan, kalau nak sembuh pun, mata saya tidak akan kembali serupa seperti dulu dah. Terasa nak menjerit bila dengar penjelasan doktor itu tetapi saya terpaksa terima sebab saya sendiri yang mencari penyakit ini. 

Walaupun tiga tahun pakai, belum tentu akan selamat. Lambat atau cepat saja penentunya. Tetapi syukur alhamdulillah sebab Tuhan masih sayangkan saya. Kalau saya lambat mendapatkan rawatan di hospital, berkemungkinan saya akan buta kekal. Tuhan tarik pelahan-lahan nikmat pengelihatan dari saya. Namun saya masih bersyukur kerana yang ditarik itu mata kiri saja. Mata kanan saya setakat ini masih dalam keadaan baik. 

Saya bukan nak menghalang dan marah orang beli contact lens ini, malah saya tak berniat nak menakutkan orang tetapi tolong fikir beratus-ratus kali sebelum beli. Sayangilah mata anda sebelum semuanya terlambat. Saya berkemungkinan ditahan di wad selama sebulan. 

Saya bukan nak meraih simpati tetapi sebagai iktibar pada mereka yang lain. Walaupun anda tidak memakai contact lens, sebarkanlah kepada rakan-rakan anda. Jangan bazirkan duit beli contact lens, tak padan dengan duduk di hospital berbulan-bulan lamanya kalau terkena nasib seperti saya. Buatlah cermin mata, biar nampak tak comel dan serupa orang tua asal mata kita selamat. 

JANGAN PERGI KLINIK/HOSPITAL KERAJAAN ATAU SWASTA!

Kalau abang, kakak, adik, kawan dan keluarga atau siapa-siapa sahaja yang sakit mata, tolong jangan pergi ke klinik/hospital kerajaan atau swasta. Saya bukan nak boikot atau anti kepada pusat perubatan itu tetapi ini pesanan dari doktor dan Prof HUSM Kubang Kerian. 

Anda fikir anda hanya mengalami sakit mata biasa-biasa dan boleh sembuh dengan rawatan biasa? Sebenarnya tidak. Anda tidak tahu pun keadaan mata anda yang sebenar, adakah ia sesuai dengan ubatan hospital seperti yang saya sebutkan di atas tadi? 

Kalau mata anda sakit, tolong pergi ke hospital/klinik pakar mata. Saya tahu kosnya sangat mahal tetapi kalau sayangkan mata anda, jangan fikirkan tentang kos. 

Hospital/klinik tersebut tidak tahu pun keadaan mata kita yang sebenar. Kadang-kadang ubat yang mereka beri pun salah. Saya nak ceritakan saya pengalaman yang terjadi pada Ka Ma. Sekarang ini dia juga ada penyakit ulser mata seperti saya dan kami berkongsi satu wad. Doktor letak kami bilik asing kerana keadaan mata kami sangat kritikal pada masa ini. 

Dari pagi sampai ke malam, hingga ke subuh, hanya kami berdua di dalam bilik ini. Doktor tak bagi keluar daripada wad ini walaupun nak beli makanan di kafe hospital sebab bimbang kami dijangkiti virus baru. Lihat, betapa kritikalnya penyakit kami sekarang. 

Kak Ma terkena jangkitan kuman dan saya pula terkena jangkitan kulat. Kedua-duanya berbahaya tetapi saya lebih bahaya sebab kulat memang sukar untuk dihapuskan kerana ada akar yang dalam. Walaupun tak aktif, tetapi masih ada akar. 

Berbalik kepada cerita Kak Ma tadi, bila dia rasa mata dia sakit, dia terus pergi ke klinik swasta dan doktor beri ubat steroid. Bila dia sapu ubat yang diberikan pada mata, keesokan hari mata hitamnya terus menjadi putih semua. Selepas dirujuk pada HUSM Kubang Kerian, dia terus dimasukkan ke wad dan doktor memaklumkan ubat steroid yang diberi oleh doktor klinik swasta itu telah menggalakkan dan mengaktifkan lagi kuman dalam mata Kak Ma. Doktor HUSM sarankan Kak Ma saman saja klinik swasta itu tetapi Kak Ma malas nak fikir sebab dia nak pulihkan matanya terlebih dahulu. 

Disebabkan kecuaian doktor memberi ubat itu, dia terpaksa merana dalam wad sama seperti saya. Kami juga tidak tahu bila kami dibenarkan keluar. Luka di mata kami juga sangat besar dan lambat untuk sembuh. Doktor kata walaupun kami dapat keluar wad kelak, peluang untuk pulih 100% akan mengambil masa setahun atau lebih. Ia juga bergantung pada keadaan mata kami. 

Jadi, tolonglah pergi mendapatkan rawatan dari Pakar Mata jika mata anda sakit atau tidak selesa sebab orang lain tidak tahu keadaan mata anda yang sebenar meskipun doktor itu adalah doktor dari luar negara melainkan dia benar-benar adalah pakar mata.
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

loading...