Loading...

SUBHANALLAH PUNCA SEBENAR BAYI PUTUS KEPALA DALAM PERUT IBUNYA

loading...
loading...




Sumatera Utara - Seorang bayi maut selepas kepalanya terputus ketika ibunya, Farida Hanum sedang melalui detik cemas bagi melahirkannya di rumah dengan menggunakan khidmat bidan desa Aek Tarum, Bandar Pulau, Asahan, Sumatera Utara baru-baru ini.

Kepala bayi yang disambut terputus saat keluar dari rahim ibunya - gambar hiasan

Portal berita bangkapos.com melaporkan, semasa proses bersalin, kepala bayi yang baru keluar dari pintu rahim ibunya tiba-tiba terputus dan badan bayi malang itu tertinggal di dalam rahim ibunya.

Sejurus mendapati kepala bayi itu terputus, bidan desa yang sedang menyambut kelahiran bayi berkenaan bertindak pantas mengejarkan ibu bayi itu ke hospital berdekatan.





Difahamkan, Hanum telah dimasukkan ke Rumah Sakit Umum (RSU) Abdul Manan Simatupang.

Namun tanpa disedari bidan desa itu telah tertinggal kepala bayi terbabit di rumah Hanum. Selain itu, badan bayi yang terputus berjaya dikeluarkan dari rahim Hanum sebelum proses pembedahan dilakukan pihak hospital.

Hanum kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital.

Sejurus itu, keluarga Hanum bertindak membuat laporan polis mengenai kejadian itu di balai polis Asahan.

Pihak polis setakat ini masih melakukan siasatan lanjut membabitkan kejadian itu dengan melakukan soal siasat ke atas empat saksi.

Empat saksi yang dimaksudkan ialah bidan bersalin tersebut yang hanya dikenali sebagai B, 35; suami Hanum, RS dan M yang merupakan jiran tetangga kepada Hanum.

Pegawai polis Asahan, Tata Dirsa Atmaja berkata, ketika ini pasukan penyiasat masih melakukan siasatan ke atas bidan desa terbabit.

“Kesemua saksi sedang disoal siasat dan hingga saat ini, keterangan suspek masih dikumpul untuk semakan lanjut,” ujarnya.
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

loading...