loading...
loading...
Kisah perkahwinan Nur Nasirah 18
tahun berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya yang berusia 66 tahun telah
mendapat perhatian ramai dan juga liputan meluas di media online sejak beberapa
hari ini. Tentu perbezaan usia yang cukup jauh menjandi punca ramai bertanya
tanya “kenapa dia gadis 18 sanggup berkahwin dengan lelaki tua berumur 66 tahun?
Terkini Nasirah Telah berkongsi cerita bagi yang tertanya tanya kenapa dia
memilih duda beranak lapan Ismail Lombok, 66, seorang warga emas sebagai
suaminya. menerusi laporan utusan malaysia hari ini.
Walaupun tua saya sangat
sukakannya. Nur Nasirah berkata, perkenalan mereka bermula kirakira dua tahun
lalu apabila Ismail, seorang pesara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA) yang juga pekebun sering minum di restoran ibunya,
Salma Abdullah, 42, di Paka. Ketika itu Nur Nasirah selalu berada di restoran
untuk melakukan kerjakerja dapur selain mengambil pesanan daripada pelanggan
Kata Nur Nasirah, dia mula
tertarik dengan perwatakan duda lapan anak itu yang sering bertanya khabar
keadaannya dan keluarga. Pada masa itu, dia tidak tahu bahawa Ismail turut
menaruh hati padanya dan dia melayan lelaki itu seperti pelanggan lain yang
berkunjung ke restoran milik ibunya.
Namun, sikap Ismail yang sanggup
berterus terang kepada ibu bapanya dan sedia menunggu untuk mengahwininya,
berjaya membuka pintu hati gadis itu. Nur Nasirah ketika itu baru sahaja
menamatkan persekolahan tingkatan lima. “Biar apa orang hendak kata kepada saya
namun saya terimanya seadanya, dia begitu mengambil berat dan menyayangi saya
sepenuh hati.
‘Lagipun perkahwinan kami direstui keluarga,
kami berkahwin dengan cara yang sah, ikut adat, cuma jarak usia sahaja berbeza,
ia bukan penghalang cinta kami,” kata Nur Nasirah ketika dihubungi petang ini.
Selepas mendapat persetujuan daripada keluarga keduadua pihak, akhirnya Nur
Nasirah yang juga anak ketiga daripada lima beradik pasangan Salma dan Mohd.
Nazri Mat Kidi, 54, selamat diijabkabulkan dengan Ismail dengan hantaran kahwin
sebanyak RM7,000.
Majlis akad nikah berlangsung di
rumah pengantin lelaki di Jalan Santong, Paka kirakira jam 10.30 malam, 18 Mac
lalu namun gambargambar perkahwinan mereka mulai menjadi viral di media sosial
dengan ulasanulasan yang mempersendakan pasangan itu. Sementara itu, ibu Nur
Nasirah, Salma yang juga rakan baik Ismail yang kini menjadi menantunya
berkata, dia telah lama mengenali lelaki yang dikenali panggilan Pok Wil kerana
mereka tinggal sekampung. “Selepas anak saya tamat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), dia berkalikali meluahkan hasratnya itu, namun saya tidak memberikan
keputusan kerana perlu berbincang dengan Nur Nasirah dahulu. “Akhirnya Nur
Nasirah memberikan jawapan, barulah kami buat perbincangan lanjut lalu
menetapkan tarikh perkahwinan mereka,” kata Salma yang merestui perkahwinan
pasangan itu.
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.