loading...
loading...
Pendakwah terkenal Ustaz Azhar
Idrus telah mencetus fenomena baru dalam bidang dakwah di Malaysia, Beliau
telah berjaya menarik semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk memenuhi
masjid bahkan hingga melimpah keluar masjid setiap kali kuliah beliau adakan. Penceramah
dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja.
Setiap kali beliau berceramah, tidak kira dimana, ribuan yang hadir.
Perkembangan ini telah
membuktikan bahawa konsep dakwah yang dibawa oleh Ustaz Azhar Idrus dapat
diterima oleh masyarakat bahkan memberi kesan mendalam kepada jiwa mereka seterusnya
bertekad untuk hadir dan memenuhi setiap ruang penjuru masjid setiap kali
beliau memberi ceramah.
Namun tak ramai yang tahu
mengenai kisah sebenar ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar pendakwah
bebas.Kehangatan Facebook juga sedikit sebanyak mempopularkan Ustaz ini dengan
setiap katakata nasihat dan penjelasan berkenaan agama darinya dikongsikan
secara viral dan tidak pernah putus. Dulu pernah ada satu rancangan Ustaz Azhar
Idrus di Astro iaitu Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus. Tapi atas sebab2 tertentu,
rancangan ini telah diberhentikan siarannya.
Dahulunya Ustaz seorang gitaris
dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu band boy. Dan sempat
membuat beberapa persembahan di stadiumstadium. Setelah kumpulan Ustaz menarik
diri kerana tujuanya hanya sukasuka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya
untuk mencari glamor. Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus ni,
seorang Ustaz yang terkenal buat masa ini terutama di kalangan anakanak muda..
Setiap kali ceramah atau
kuliahnya mesti penuh dengan jemaah yang hadir.. Tapi mungkin ramai yang tak
tahu bagaimanakah kehidupan Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar Ustaz, Apakah
yang dilakukannya? mari baca sedikit sebanyak kisah Ustaz Azhar Idrus sebelum bergelar
Ustaz yang dipetik dari Facebook.
Ustaz yang aktif bersukan dan
pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan
menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar
Bandar Kuala Terengganu bersamasama kawankawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz
untuk merasmikan program berbasikal.
Ustaz Azhar pernah bekerja dengan
Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas
berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja
dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang
ilmu agama secara bersungguhsungguh.
Tiada alasan baginya hujan dan
ribut. Beliau yang pergi mencari guruguru agama dan belajar dirumah guru
berkenaan.
Perubahan diri Ustaz kearah
menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang
ketua Punk menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya
ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah
Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya
ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.
Apabila melihat kehebatan
kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga. Berikut adalah butiran
biodata mengenai beliau yang ditemui di beberapa blog.
# Bersekolah di Sekolah Inggeris
Sultan Sulaiman Kuala Terengganu hingga Tingkatan 6.
# Pernah menjadi seorang guru
muzik pada tahun 1985
# Mulai belajar agama sekitar
tahun 1990.
# Belajar secara talaqqi lebih
kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun.
# Antara guru beliau ialah Tuan
Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai
Biodata Penuh:
Nama:Ustaz Azhar Bin Idrus
Tarikh Lahir:12 Februari 1964
Berasal: Ladang, Kuala
Terengganu, Terengganu
Hobi : Mengembara (taakulan
penulis) dan fotografi Alam Hidupan.
Pendidikan :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif,
Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor
Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan
Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar
tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih
kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun
Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru
muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan
Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya
menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang,
kampungnya
Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan
Qariah Tilawah AlQuran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa Binti Wan
Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun)
2.Nur Farhah (19 tahun)
3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun)
4.Mohd Zuhaili (16 tahun)
5.Ikhwan Najmi (14 tahun)
6.Khairul Mukmin (7 tahun)
7.Rasydan (6 tahun)
Sehingga hari ini, nama Ustaz
Azhar Idrus atau lebih mesra sebagai UAI amat disenangi oleh ramai orang
terutamanya golongan remaja yang majoritinya mula memahami Islam dengan lebih mendalam
selepas mengenali UAI samaada secara bertemu empat mata mahupun sekadar membuat
rujukan dari pelbagai ilmu yang disampaikan melalui Youtube, Facebook dan sebagainya.
Ustaz Azhar Idrus sangat mesra
dan rapat kepada golongan blogger yang menjadikan UAI benarbenar seorang Ustaz
yang terbuka mindanya serta celik IT. Ustaz Azhar Idrus juga amat aktif dalam
membantu mereka yang memerlukan pemahaman dan penjelasan tentang kemusykilan
soal agama melalui Facebook Page miliknya. Apapun sudah menjadi resmi alam, tak
semua manusia akhir zaman ini terutamanya para Ilmuan Islam (Alim) disenangi
oleh semua orang.
Sering sahaja katakata UAI
disalahertikan dan sentiasa mencari jalan untuk memutarbelit apa yang
disampaikan UAI untuk melihatkan UAI sebagai seorang yang sesat. Kepada yang
aktif bersifat begini, hentikanlah. Ianya jelas tidak akan mendatangkan
kebaikan kepada anda. Jika tidak suka, anda simpanlah dalam hati. Usah bawa
orang lain ke gaung kebencian penuh kehitaman anda.
Samasama kita doakan semoga
ustaz Azhar Idrus sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dapat
meneruskan kerjakerja menyebarkankan dakwah dan kuliah ke segenap lapisan
masyarakat. Semoga Allah memberkati usaha dakwah beliau demi mengangkat martabat
Syiar Islam di Bumi Malaysia ini.
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.