loading...
loading...
Anda sudah memakai atau berhajat hendak
memakai contact lens? Rasanya anda perlu memikirkannya terlebih dahulu. Ini
kerana padah memakai contact lens, seorang gadis hampir kehilangan nikmat
penglihatan yang tuhan berikan.
Gadis terbabit yang menggunakan nama Instagram adlinahanim, menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah menggunakan contact lens sejak dari umur 17 tahun.
Gadis terbabit yang menggunakan nama Instagram adlinahanim, menceritakan apa yang berlaku kepadanya setelah menggunakan contact lens sejak dari umur 17 tahun.
"Saya dah lama nak tulis
post ni; jadi gadis-gadis yang pakai contact lens, dengar sini", tulisnya
sebagai pemula cerita.
"Saya sudah mula memakai
contact lens sejak umur 17 sebab masa tu rabun dah naik dan pakai spek tudung
'tak jadi'. Bila start pakai(contact lens) saya rasa seperti 'yass, saya dapat
mata saya balik'. Ia sangat menyelesakan dan eyetastic (fantastik). Jadi saya
jarang guna spek mata saya."
Menceritakan lebih lanjut,
adlinahanim berkata pada satu hari dia pergi ke pantai dan mendapati
penglihatannya kabur. Pada awalnya adlinahanim hanya menyangka contact lensnya
sudah kering tetapi apabila dia membuang contact lens terbabit dan memakai
semula spek mata, penglihatannya semakin kabur.
"Power naik ni", sangka
adlinahanim.
Keesokan harinya, adlinahanim
pergi ke kedai kaca mata dan dia diberitahu power matanya sudah naik dari 300
ke 450. Tetapi dia masih merasa tidak sedap hati kerana matanya terasa seperti
dicucuk-cucuk.
Tidak berpuas hati, adlinahanim
pergi ke klinik dan doktor di klinik berkata matanya terkena jangkitan
bakteria. Menggunakan ubat titik yang diberikan oleh klinik terbabit,
adlinahanim berkata rasanya seolah-olah matanya terbakar apabila ubat itu
dititikkan ke matanya.
Keesokan harinya, adlinahanim
dibawa ke KPJ Ipoh oleh bapanya untuk pemeriksaan mata. Setelah pemeriksaan
selesai, doktor berkata kornea matanya terkoyak.
"Doktor cakap kornea mata
saya terkoyak & syukur kerana kami pergi berjumpa doktor awal dan tak jadi
ulser lagi. Kalau dah jadi ulser, saya mungkin buta.
"Saya merasa takut pada
ketika itu. Saya beritahu doktor tersebut saya selalu, SELALU cuci contact
lens, tukar setiap bulan dan selalu beli contact lens yang mahal", tulis
adlinahanim.
Doktor tersebut kemudian menjawab
: "Contact lens lambat laun akan membahayakan mata kamu, cuma tunggu masa
sahaja".
Adlinahanim kemudian mengakhiri
post tersebut dengan menasihati wanita-wanita diluar sana yang memakai contact
lens dengan niat untuk kelihatan cantik supaya berhenti.
"Tak berbaloi kehilangan
mata untuk tampil cantik kalau esok kamu tak boleh melihat kecantikan itu
sendiri", tulisnya
Sumber : superkiram
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih