loading...
loading...
KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa menderita akibat tindakan melampau
suami sendiri yang memaksanya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain yang
sengaja dibawa ke rumah, dipercayai sematamata untuk memuaskan nafsu gila
lelaki itu, sejak empat tahun lalu.
Malah, ketika melakukan hubungan seks, isteri malang berusia 30 tahun itu terpaksa
menahan malu kerana perbuatan itu disaksikan sama ada suaminya atau tetamu
tidak diundang terbabit
Insiden terbaru berlaku kelmarin apabila lelaki terbabit mengarahkan isterinya
melakukan hubungan seks dengan seorang rakannya sambil diperhatikannya.
Tidak tahan dengan perlakuan melampau suami, wanita itu nekad melaporkannya
kepada pihak berkuasa sebelum serbuan dilakukan polis di rumahnya, kelmarin.
Dalam laporannya kepada polis, ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu
mendakwa dia pernah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki serentak iaitu
suami dan kawan suaminya.
Perbuatan itu bukan berlaku sekali atau dua, malah berulang kali membabitkan
beberapa lelaki berlainan yang dibawa pulang suaminya ke rumah sejak mereka
mendirikan rumah tangga kirakira lima tahun lalu.
Dalam kejadian terbaru kelmarin, rakan suami wanita berkenaan berkunjung ke
rumah pasangan itu di sebuah kondominium di kawasan Bukit Indah, Ampang, jam
10 malam.
“Wanita terbabit yang sudah menjangkakan dia akan menjadi mangsa nafsu pelik
suaminya kemudian cuba melarikan diri dengan memberi alasan mahu ke kedai.
“Ketika itu, wanita berkenaan menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
untuk meminta bantuan supaya menyerbu kediamannya,” katanya.
Sumber terbabit berkata, setengah jam selepas itu wanita berkenaan pulang ke
rumah dan melihat suami bersama anaknya dalam bilik air sebelum lelaki itu
meminta isterinya melakukan hubungan seks dengan rakannya.
“Bagaimanapun, mangsa enggan menurut permintaan pelik suaminya sebelum
disuruh masuk ke bilik.
“Tidak lama kemudian, suami wanita itu bersama rakannya masuk ke bilik itu,”
katanya.
Menurutnya, sejurus masuk ke bilik, lelaki terbabit terus melakukan hubungan seks
bersama isterinya sambil ditonton rakannya.
“Rakan suami mangsa kemudian terangsang selepas menonton aksi seks pasangan
terbabit.
“Lelaki itu kemudian turut melakukan hubungan seks bersama pasangan berkenaan
dan wanita itu terpaksa merelakan dia diperlakukan sebegitu sematamata mahu
memenuhi selera seks pelik suaminya,” katanya.
Menurut sumber itu, tidak lama kemudian, penguat kuasa Jais bersama anggota polis
tiba di rumah pasangan berkenaan dan menahan keduadua lelaki terbabit
berdasarkan laporan wanita itu.
Difahamkan, keduadua lelaki itu masingmasing berusia 30an dan 40an adalah
jurutera di syarikat swasta.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, ketika
dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penahanan keduadua lelaki terbabit.
Bagaimanapun, keduaduanya dibebaskan dengan jaminan polis semalam selepas
keterangan mereka diambil
Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai rogol dan mangsa dihantar
menjalani pemeriksaan doktor, namun siasatan lanjut dan menyeluruh perlu
dilakukan.
“Selain suami mangsa dan rakannya, wanita itu turut dipanggil memberi keterangan
dan polis juga akan mengambil keterangan anak mereka yang berusia tiga tahun.
“Kami masih menunggu laporan perubatan dan jika benar ada tanda menunjukkan
wanita berkenaan menjadi mangsa pemuas nafsu keduadua lelaki terbabit, tindakan
selanjutnya akan diambil,” katanya.
Semua bukti seperti kesan tompokan air mani yang ditemui pada tilam dan bantal
sudah diambil selain ujian asid deoksiribonukleik (DNA) turut dilakukan.
Sementara itu, difahamkan wanita berkenaan sebelum ini pernah meminta cerai
daripada suaminya, namun lelaki terbabit pandai memujuk setiap kali isterinya
mengajukan hasrat berkenaan.
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.