loading...
loading...
PerPernah dengar kisah mukjizat Nabi Musa
yang membelah laut dengan tongkatnya? Kisah tersebut bukanlah kisah dongeng
sematamata tetapi ianya adalah kisah benar. Sampai sekarang kita masih boleh
melihat buktibukti tersebut. Seorang ahli arkeologi bernama Ron Wyatt pada
tahun 1988 mengakui bahawa dia telah menemui beberapa bangkai roda kereta
tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini adalah bangkai kereta
tempur Pharaoh yang tenggelam di dasar laut semasa digunakan untuk mengejar
Musa bersama para pengikutnya.
Menurut pengakuannya,
selain menemui beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para
krunya juga turut menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang
sama.
Penemuan itu menguatkan lagi bahawa sisa tulang belulang itu
adalah merupakan sebahagian dari kerangka para bala tentara Pharaoh yang
tenggelam di laut Merah.
Hasil kajian yang dilakukan di Stockhlom University terhadap
beberapa sisa tulang belulang yang ditemui itu memang benar bahawa struktur dan
kandungan beberapa tulang tersebut telah berusia sekitar 3500 tahun, dimana
menurut sejarah, peristiwa tersebut berlaku pada kurun yang sama.
Berdasarkan peta, menurut para ahli pengkaji sejarah di
situlah sekitar lokasi dimana Nabi Musa bersama para kaumnya menyeberangi laut
Merah. Lokasi penyeberangan itu berada di Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum sekitar lokasi
penyeberangan adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke
arah Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan
kedalamannya mencapai 1500 meter. Kecerunan laut dari Nuweiba ke arah Teluk
Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba ke arah
daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.
Kirakira jarak antara Nuweiba ke Arab adalah sekitar 1800
meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah kirakira 900 meter. Menurut
sumber lain jaraknya kirakira mencapai 7 km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa
sekitar 600.000 orang dan waktu yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam.
loading...
loading...
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.