Loading...

Sudah Viral.. Inilah Cara Sebenar Buat Sambal Tumis Bertambah Sedap Yang Ramai Tak Tahu.. Mohon Sebarkan..

loading...
loading...
PP Adalah Seorang Pengemar Sambal.. Dan Makanan pedas, terutamanya sambal tumis, sambal tumis bukan saja sesuai dimakan bersama nasi lemak sahaja,  tapi ia  juga  sangat sesuai menjadi pembuka selera, ataupun lagi sedap dimakan dengan nasi putih panas panas,
sambal tumis yang  kelihatan pekat dan merah semestinya mampu membuat air liur kita meleleh tetapi untuk mendapatkan rasa yang betul-betul sedap pastinya ada beberapa rahsia yang tersendiri..yang pp sendiri masih tercari-cari
PP sangat tertarik dengan satu post di FB tentang bagaimanana cara buat sambal tumis bertambah sedap
jadi pp ingin kongsikan bersama korang semua!!
dari FB post Putra Bugis Temasek‎
Hari ini saya hendak kongsi tips2 dan cara2 membuat sambal tumis bertambah sedap…
Sambal Tumis Ikan Bilis 
Ini tips-tips yang saya kumpulkan ketika membuat sambal tumis bertambah sedap ketika memasaknya..!!
Kalau sambal bilis, masukkan sedikit ikan bilis semasa mengisar cili.. lebih sedap dan berperisa  sambalnya…
kalau sambal bilis memang tak masuk kan garam sebabnya bilis dah masin…
(tapi terpulang Kalau Perlu letakkan sedikit)
Tips PP : PP masukkan Juga Sedikit Belacan Untuk Penambah Rasa
Tips PP : Ataupun Masukkan Kiub Ikan Bilis Pastinya Sambal Tumis Ikan Bilis Anda Bertambah Sedap
tips Buat Sambal Tumis Sedap

Sambal Tumis Sotong 
Sotong Digoreng Separuh Dulu
Kalau sambal sotong, untuk elak sotong berair dan mencemar sambal, maka selepas basuh, perapkan dengan garam. Dan ketika memasak harus rasa agak garam tidak berlebihan…
Ataupun Boleh Rebuskan Sorong Terlebih Dahulu
masukkan sotong dulu..lepas dah kecut baru masukkan air asam jawa..
Tips PP: kalau Mengunakan Sotong Rendam Masukkan Sedikit Kuah Sambal Pecal Akhir Sekali Untuk Memberikan Texture Berkacang Di Dalam Sambal

Cara Buat Sambal Tumis sotong Bertambah Sedap
Sambal Tumis Udang 
Kalau sambal udang, rebuskan kulit udang dan masukkan airnya dalam sambal.
Elakkan menggunakan cili boh kerna ada cuka (jika menggunakan harus masak sehingga betul2 garing dan gula perlu gunakan banyak untuk menghilangkan rasa maun/cukanya.)
Lebih Enak Gunakan  Bawang dan Cili Kering yang dikisar sekali,
Dan penting lebihkan minyak semasa menumis, tumis sampai cili kisar  tadi betul-betul  masak dan garing hingga nampak warna merah gelap , kalau terlampau kering baru masukkan sedikit air,
Kalau nak Lagi Sedap  sambal tumis udang, saya blend udang kering skit dengan cili kering tu
Tips PP: Untuk Sambal Lebih Merah Gorengkan Cili Kering Bersama bawang Di Dalam Sedikit Minyak Terlebih Dahulu Sebelum Dibelender Kan Sekali.. (boleh digunakan untuk semua jenis sambal tumis) 
Api harus kecil dan tumis sehingga naik minyak.Selepas naik minyak baru masukkan gula.Gula dan minyak akan menjadi caremalize. Sambal tumis akan kelihatan gelap dan cantik dan rasanya sedap!
Berkuah masukkan udang dulu..lepas air udang dah keluar baru la masukkan air asam jawa…garam dan air secukupnya…
Nota Jika Suka Tambahkan Petai Pasti Delicious 
Sambal Telur
kalau sambal telor selalunya masukkan sikit bilis sebagai perencah….
Goreng Bahan Utama Dulu 
goreng ikan bilis hingga garing dan goreng bawang besar lak.. agak cam dah layu… angkat..Lepastu  baru Buat Sambal
kalau udang dengan sotong biasanya saya goreng separuh masak dulu, bila sambalnya dah nak masak baru saya masukkan balik
Petua Nenek 
petua arwah nenek, setiap kali blender cili kering letakkan sikit kunyit hidup, insyallah mana-mana masakan yang perlukan cili,  sambal, asam pedas, akan terasa lebih sedap…
Tips PP: Sambal Tumis Akan Bertambah Tambah Sedap Jika Dimasak Lama Hingga Kuah Bertukar Warna Merah Gelap, Dan Pastikan Semasa Blender Cili Kering Buang Biji Terlebih Dahulu Gunakan Tapis Yang Berlubang Dan Goncangkan Cili Kering Yang Sudah Dipotong Dan direbus hingga keluar semua biji-bijinyaa
Haaa Menarikkan PP ada Selitkan Jugak Tips Yang Selalu PP gunakan.. jika ada tips yang menarik lagi sila sharekan di ruang komen..   jadi selamat Mencubaa!
loading...
loading...

Klik Share Di Bawah Jika Bermanfaat :

Share on Google Plus
loading...
Terima Kasih Kerana Membaca Dan Mohon Share Jika Bermanfaat
Dikongsikan Semula Oleh : www.ekisah.com
Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog secara tidak bertapis yang hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah ertikan, www.ekisah.com tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

About Unknown

loading...